Sunday, 5 January 2020

Jauh perjalanan..

Jauh sudah perjalanan,
jejak yang ditinggalkan ..
seperti mimpi semalam,
igauan umur rurut ..
hanyut diragut arus.
Rasa, mahu melabuh sauh ..
mengenggam erat waktu di dada,
sebelum hilang di muara.
Namun, hakikat usia ..
masa tiada menunggu sesiapa,
yang berlalu ..
mendamba dikenang
dan yang kan mendatang ..
hanya mampu dirancang

No comments:

Post a Comment