Untuk kakak ku Yushidah Usulludin yang bersara dari kerjaya perguruan hari ini 20 Jun 2024 ...
Di subuh kerjaya, aku bertatih melangkah,
bermula perjalanan di denai perguruan - meredah
liku-liku yang di serah
bagi aku menggalas di bahu
memikul kewajipan bagaikan si ibu ..
yang mengasuh wajah wajah kecil,
agar segar tunas bangsa
di persada negara
dan di pentas dunia
Aku sedar jerih, jauh dari mudah
mengukir mimpi anak anak yang menadah
murni telapak tangan pohon di didik dan di cerah
ilmu dan harapan
Kekadang ada jua kesal
bila usaha yang di tawar, tiada di kesah
nasihat yang di sampai, senang di abai
sedih meracun ikhlas
tapi hati sedar diri ini bukan sempurna
pengalaman mengajar sabar
masa mencurah hikmah
guru, bukan sahaja mengasuh
malah dia juga di asuh
akur kekurangan sendiri
meransang kekuatan jati diri
Sepanjang perjalanan ini ..
persahabatan yang di sulami
gelak ketawa senyum dan bicara
menjalin kekeluargaan yang di ikat rapi ..
erat di manik manik memori
kini sudah ku tiba ke penghujung kerjaya
sampai masanya melabuh sauh
jauh rasanya pelayaran ini
tiada sesalan, tiada rungutan
tapi hanya keindahan kembara yang tak ternilai
menghiasi kehidupan yang singkat
ku susul syukur di bibir
atas kurnia mu Ya Allah
terima kasih semua
bersama saya di hijrah ini
ku pohon menitik noktah
seorang guru