Friday, 30 April 2021

Terang bulan


Terang bulan
menyulam sinar
di kerdip lautan
tenang - yang nenyak dibuai
sunyi malam

Ramadan kembali mencuit
mimpi insan yang lena
memujuk bangun sebentar
menyusun ruku'
menyerah sujud
membisik zikir



Sunday, 4 April 2021

Resam berilmu

Tanda ilmu menjemput malu ..
sering bodoh menongkat bongkak.
Kerana yang tahu takut bertutur ..
malang si jahil memetir di bibir.

Saturday, 3 April 2021

Mencari ..

Kita mengira hari,
di datang dan pergi,
bulan dan mentari,,
di tarian bayangan,
pengakhiran adengan,
cerita yang dibawa,
luka dan bahagia.

Kekadang di bingit sunyi ..
kita lanjut bertanya ..
maksud hidup yang ada ..
tentang kehilangan yang kekal ..
tiada bertandang lagi.

Masa menerjah, 
tanpa simpati,
tanpa kesah,
jiwa nan resah,
yang kian lemas,
di lautan nostalgia.