Friday, 30 April 2021

Terang bulan


Terang bulan
menyulam sinar
di kerdip lautan
tenang - yang nenyak dibuai
sunyi malam

Ramadan kembali mencuit
mimpi insan yang lena
memujuk bangun sebentar
menyusun ruku'
menyerah sujud
membisik zikir



Sunday, 4 April 2021

Resam berilmu

Tanda ilmu menjemput malu ..
sering bodoh menongkat bongkak.
Kerana yang tahu takut bertutur ..
malang si jahil memetir di bibir.

Saturday, 3 April 2021

Mencari ..

Kita mengira hari,
di datang dan pergi,
bulan dan mentari,,
di tarian bayangan,
pengakhiran adengan,
cerita yang dibawa,
luka dan bahagia.

Kekadang di bingit sunyi ..
kita lanjut bertanya ..
maksud hidup yang ada ..
tentang kehilangan yang kekal ..
tiada bertandang lagi.

Masa menerjah, 
tanpa simpati,
tanpa kesah,
jiwa nan resah,
yang kian lemas,
di lautan nostalgia.

Sunday, 28 February 2021

The Maiden Moon



The farewell breath of the day
when the last colours bleached away
with the surrendering sun
into the arms ..
of the maiden moon

Insomniac Sea

Tonight, the moon looks shy
in a charcoal sky ..
and the insomniac sea sigh
murmuring wondering why.

Thursday, 7 January 2021

Tujuh Januari

Merenung lingkaran ingatan ..
umur yang semakin jelas
di urat tangan
sabar ditelan
zaman.

Sambil nafas dihela ..
mengira, detik masa di mata.
Hari-hari yang mendatang
perlahan-lahan
kian surut
di muara
usia.