Monday, 31 December 2018

Yang hilang ..

Emas di jari ..
kalau hilang
terasa pilu
sesal di hati.

Sedetik waktu ...
terlepas pergi
jarang kecewa
mencengkam diri

Friday, 28 December 2018

Mimpi ..

Semalam,
ranting di hujung dahan
sabar di bantai badai.
Hari ini,
di bingit renyai pagi
patah: gugur di ragut mimpi.

Thursday, 27 December 2018

Di celah retak

Di celah retak
sinar mingintai
secebis kurnia
di malap murka


Friday, 7 December 2018

Malam melangkah

Di tabir petang
suram menghias siang
pudar menyusur lesu
deras luntur di kejar bayang

Di celik bulan
kelam mengintai
dan perlahan
menyelak tirai
memanggil malam
melangkah ke pentas alam

Sunday, 28 October 2018

Tumbang mendakap bumi ..


Luntur hijaunya,
renyah di mamah masa.
Dulu agong di hujung ranting.
Kini tumbang mendakap bumi




Monday, 17 September 2018

Luntur menunggu gugur


bersurai sudah Ogos.
September menyusur
menyemai dingin
yang dikirim
di luruh musim,
dan dedaun berduka ..
diramas masa,
kian murung hijaunya
menguning di ranting
luntur menunggu gugur

Friday, 3 August 2018

Anugerah si kecil

jari hari
mencuit celik si kecil
lalu bertandang tangisan
mencurah rahmah
hadirnya anugerah
kalungan indah
buat ibu dan ayah

** Buat Marissa **

Tuesday, 20 February 2018

Pekerti diri

gubahan tutur
penentu luhur
pekerti diri,
biarlah aqal berbicara
sebelum bibir berkata

Sunday, 7 January 2018

Tempus Fugit

tik ...
rurut sedetik
dari rangkaian manik
semakin pendek
utas usia
tempus fugit

Saturday, 6 January 2018

Ribut di laut

Kilat mengukir di langit
disambung dentum
guruh meningkah gendang
menyuruh ribut berperang
dan di laut garang
ombak galak bersorak
ganas bergulung 
menyerang
pantai